Ammar Nazhan naik mahkamah, tak mengaku salah berg4duh di restoran

PERNAH terpalit dengan kontroversi menghasilkan kandungan palsu, pempengaruh Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas dakwaan terbabit dalam pergaduhan di satu perlawanan tinju pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun Ammar, 29, dan seorang lagi pempengaruh, Muhammad Hafizul Haiman, 23, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa melakukan pergaduhan di sebuah restoran di pusat beli-belah di Bukit Bintang pada pukul 10.15 malam, 25 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu dipenjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam K Ramalingam yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum berikutan anak guamnya yang bekerja sebagai pencipta kandungan hanya berpendapatan RM2,000 sebulan, selain menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Bagaimanapun Aina Azahra membenarkan jaminan RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.

Dalam pada itu, empat individu didenda masing-masing RM500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Tertuduh, Abdul Rahim Abd Hakim, 23, Muhammad Ady Putra Amirul Abdul Rahman, 18, Muhammad Al Mubarak Bahauddin Selamet, 28, dan Jebat Zulfar Nurfakhrullah Abd Ghapar, 24, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Aina Azahra.

Media sebelum ini melaporkan 11 lelaki termasuk pempengaruh media sosial ditahan polis selepas terbabit dalam rusuhan di restoran di Bukit Bintang, di sini, ketika perlawanan tinju.

Untuk rekod, Ammar sebelum ini menerima kecaman hebat selepas disahkan memalsukan laporan kehilangan ahli pasukannya yang juga seorang pempengaruh dikenali sebagai Eyka.

Malah, pendedahan Eyka dan seorang rakan Ammar, Izzrin Irfan dalam siaran podcast penyanyi rap Caprice menyebabkan pempengaruh berkenaan berterusan menerima kritikan serta kecaman pelbagai pihak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply