Marygrace tunai umrah penuhi impian emak

“Apa yang saya belum buat, saya terfikir nak buat semula. Saya nak bawa emak pergi umrah, bawa keluarga melancong, buat kebajikan dan sebagainya,” kata Marygrace, juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta, malam tadi.

Menurutnya, ibunya semakin lama semakin berusia dan menjadi tanggungjawabnya menunaikan semua impiannya ketika ibunya masih ada.

“Saya nak jadi orang pertama tunaikan impian dia. Sebab doa emak sama macam doa saya juga. Saya nak tunaikannya. Mana-mana yang mampu saya akan buat.

“Lama juga tak jumpa emak. Lega bila tamat program ini. Beberapa kali juga saya putus asa. Tapi ramai yang beri suntikan semangat hinggalah ke akhir.

“Saya juga mahu menggunakan sebahagian wang kemenangan untuk membina rumah yang lebih selesa untuk keluarga,” katanya ditemui pada sidang media program CSIOAM.

Marygrace atau nama sebenarnya Marygrace Jane Penserga, 24, turut mendedahkan, mengalami sakit sebelum pentas akhir yang membuatkannya hampir putus asa untuk beraksi.

“Sebenarnya, Jumaat lalu adalah latihan akhir saya. Suara saya tak keluar, saya sakit dan saya takut perkara ini menghalang saya daripada buat persembahan yang baik semasa final.

“Saya dah ambil macam-macam ubat untuk hilangkan batuk. Tapi saya hanya berdoa untuk keajaiban. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada apa boleh buat.

“Tapi syukur rezeki saya. Sampai juga di sini. Berada dalam program ini sumpah mencabar. Kita kena kuat mental,” katanya dengan nada sebak.

Dengan kemenangannya, Marygrace membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah Peugeot 408 GT serta kontrak rakaman bersama Alternate Records, lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber:hm

Be the first to comment

Leave a Reply