[VIDEO] “Malunya, Tak Perasan” – Individu Misteri Gigih Tolong Ambil Gambar… Rupanya Remy Ishak!

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah pepatah sesuai diberikan kepada sepasang pasangan tular yang bercuti di Tasik Cermin baru-baru ini.

Bukan biasa-biasa ya, detik percutian pasangan ini mungkin menjadi memori terindah apabila pelakon yang digelar hero malaya, Remy Ishak membantu mereka merakamkan gambar kenangan.

Namun apa yang membuatkan pasangan ini tular kerana mereka berdua tidak mengetahui bahawa individu yang membantu merakamkan foto mereka itu adalah Remy.

Menerusi satu hantaran video pendek perkongsian isteri Remy, Ezza di akaun TikTok, kedua pasangan itu meminta tolong mengambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang sangat gigih menangkap gambar mereka.

“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.

“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” coretnya.

VIDEO

 

Watch on TikTok

Bagaimanapun selepas menjadi tular, pasangan itu tampil di ruangan komen dan meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu individu misteri itu adalah Remy.

“Ya Allah, sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kitaorang? Malunya tak perasan,” komen @tachachaaaa_.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 1.3 juta tontonan di TikTok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply