“I Lost My Baby …” Kandungan Shima Anuar Terpaksa Digvgurkan

Baru sahaja beberapa minggu umumkan kehamilan anak ke tiga, pelakon Shima Anuar reda apabila bayi yang dikandungnya terpaksa dikeluarkan akibat k0mplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Shima, dia masih dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani prosedur pembedhan pada Ahad.

“It was so pa1nful. Still in the icu. I lost bl0od during surgery yesterday. And i lost my baby too because of ect0pic pregnancy.

“Terima kasih terlalu ramai yg mendoakan sy. I’ll be fine Inshaallah. I’m a tough cookie remember?” tulisnya bersama kata-kata semangat.

Terdahulu, Shima telah umumkan berita gembira hamil anak ketiga dan membuat keputusan berehat daripada sebarang aktiviti seni.

Pemilik nama penuh Noor Hashimah Anuar, 31, ini memberitahu dia mengikut nasihat doktor supaya tidak terdedh dengan persekitaran luar memandangkan kes harian Covid-19 yang kini meningkat.

Shima sebelum itu berkongsi satu hantaran di Instagram memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja yang sudah diterima.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber : IG Shima Anuar

Be the first to comment

Leave a Reply