
Gara-gara memegang bahu Fattah Amin ketika sesi berfoto, nama pelakon, Nelydia Senrose menjadi bualan ramai di media sosial. Rata-rata netizen mend4kwa pelakon ‘jelita’ tersebut tidak menjaga batas sebagai seorang isteri dan tidak menghormati perasaan Fazura.
View this post on Instagram
Di Instagram, Fasha Sandha memuat naik foto dirinya bersama Fattah Amin dan Nelydia Senrose ketika menjayakan penggambaran sebuah drama iaitu ‘Khilaf Asmara’ terbitan Radiusone. Seperti pelakon-pelakon yang lain, mereka bertiga dipercayai merakam foto sebagai kenangan tatkala, menjayakan setiap babak yang dilakonkan. Namun begitu, tangan Nelydia yang sedang memegang bahu Fattah Amin pada masa itu ternyata mencuri perhatian ramai.
Rata-rata netizen mempersoalkan t1ndakan Nelydia menyentuh Fattah Amin. Jelas netizen, Nelydia boleh sahaja merakam foto tanpa meny3ntuh pelakon lelaki itu seperti yang dilakukan oleh Fasha Sandha. Walau bagaimanapun, netizen berharap Nelydia lebih berhati-hati selepas ini ketika sesi berfoto. Bukan itu sahaja, netizen turut memberi pesanan kepada Fasha Sandha agar memeriksa dulu setiap foto yang dimuat naik di sosial media agar tidak timbul fitn4h. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Fasha dilihat meletakkan ‘tag’ nama Fazura dan suaminya di foto tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw
Sumber: Oh Bulan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.