
Baru-baru ini, pelakon, Yat Hamzah berdepan dengan situasi dimana anaknya, Suci Hawa Zulaikha jatuh ke lantai setinggi satu meter setelah terlepas daripada dukungan kakaknya.
Dalam pada itu, lantas Yatt membawa anaknya ke Hospital Pusrawi bagi mendapatkan rawatan lanjut berkenaan anaknya yang baru sahaja berusia 50 hari setelah dilahirkan baru-baru ini.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru sahaja jatuh atas lantai setelah kakaknya terlepasnya dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah Bonda.”
“Bonda sangat risau keadaan dia. Kesiannya Baby Hawa. Skrg nak terus ke hospital. Tolong doakan,”tulisnya.
Setelah itu, menerusi ruangan instagramnya, Yatt berkongsi berkenaan keadaan anaknya itu setelah dibawa ke Hospital.
“Baby Hawa setakat ini dlm keadaan stabil. Doktor dah periksa tubuh si kecil ini dan hanya ada sedikit lebam selepas jatuh setinggi 1 meter ke atas lantai.”
“Terima kasih Allah yg menghantarkan MalaikatNYA utk melindungi si kecil ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Cuma Bonda masih kena pantau keadaan baby Hawa jika dia muntah2 yg serious dan berterusan, Bonda akan kejarkan Hawa semula ke hospital.”
“Mohon doa di Penghulu Hari yg Mulia ini agar tiada kecederaan dalaman yg serius. Krn baby Hawa msh terlalu kecil, X-ray dan ubat2an tidak sesuai baginya, “tulisnya panjang lebar.
Sumber : Instagram Yatt Hamzah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.